Nilai pasaran dua pemain tengah Selangor, Nooa Laine dan Picha Autra dilihat tidak jauh beza.
Pada Ahad, Selangor mengumumkan kehadiran Picha Autra dari kelab Thailand, Muangthong United dalam usaha untuk menambah kekuatan di jentera tengah skuad Gergasi Merah.
“Picha Autra hari ini telah diumumkan secara rasmi sebagai pemain import terbaru Merah Kuning untuk hadapi saingan Liga Malaysia serta perlawanan di peringkat antarabangsa,” umum Selangor FC.
Hasil semakan di laman Transfermarkt, nilai pasaran baharu Picha Autra ketika ini adalah Euro 250 ribu yang bersamaan sekitar RM1.2 juta untuk berada di tangga ke-7 bagi pemain termahal Selangor.
Manakala seorang lagi jeneral tengah pasukan Selangor iaitu Nooa Laine pula kini miliki nilai pasaran Euro 300 ribu hampir RM1.5 juta dan berada di kedudukan ke-4 pemain termahal pasukan.
Status pemain termahal pasukan Selangor ketika ini menjadi milik pemain tengah kebangsaan Jordan, Noor Al-Rawabdeh dengan nilai pasaran Euro 450 ribu bersamaan RM2.2 juta.
Noor yang baru kembali beraksi selepas ditimpa kecederaan ACL merampas status rakan sepasukan di Jordan, Ali Olwan yang tidak lagi bersama pasukan Selangor pada musim akan datang.