Perlis & Sarawak United Tarik Diri Atas Faktor Kewangan
Liga M3
Perlis United FC
Advertisements

Saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25 menyaksikan tiada kelibat Perlis United FC dan Sarawak United FC dalam kalangan 16 pasukan yang bertanding.

Apabila perkara ini diutarakan kepada Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, beliau memaklumkan kedua-dua pasukan menarik diri atas sebab kewangan.

Disebabkan faktor kewangan yang kurang mengizinkan, kedua-dua pasukan memilih untuk tidak meneruskan saingan dalam liga musim 2024/25.

Advertisements

“Sarawak (United) tarik diri kerana faktor kewangan. Sama juga dengan Perlis (United). Kita dimaklumkan disebabkan faktor kewangan, mereka sudah tidak boleh meneruskan perjuangan mereka (dalam liga),” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Majlis Penjenamaan Semula Nama dan logo Pertandingan AFL di Hotel Armada, Petaling Jaya hari ini.

Yusoff turut memaklumkan AFL berusaha memujuk kedua-dua pasukan itu untuk mengubah keputusan mereka tetapi tidak berhasil.

Advertisements

Ini disebabkan AFL mengambil kira soal negeri yang diwakili kedua-dua pasukan itu. Tanpa dua pasukan berkenaan, pemain-pemain dari Perlis dan Sarawak memiliki platform terhad untuk beraksi sebagai pemain bola sepak.

“Kita pujuk habis-habisan, kita pujuk selagi boleh. Ini pun kita cuba (pujuk) saat akhir tetapi (mereka) tetap dengan pendirian sebelumnya.

“Memang faktor negeri ini kita pun ada sifat sentimental. Disebabkan faktor negeri, kita nak anak-anak negeri mesti diberi tempat untuk bermain.

Advertisements

“Macam Perlis, kita tak tahu mungkin bola (sepak negeri) senyaplah tahun ini. Kita harap untuk Piala Presiden dan Piala Belia, mereka mungkin bermain untuk Perlis apa semua. Kelangsungan bola ada pada negeri-negeri itu,” tambahnya.

Saingan Liga A1 Semi Pro menyaksikan penyertaan 16 pasukan untuk musim 2024/25. Antara pasukan yang mengesahkan penyertaan ialah Armed Forces FC, Harini Selangor FT, Imigresen FC, Malaysian University, Melaka FC, YPM FC, Manjung City FC, PIB Shah Alam FC.

Sementara Bukit Tambun FC, Machan FC, Gombak FA, Bunga Raya FC, KL Rovers, UiTM United, Kelantan FC dan Putrajaya Athletic FC melengkapkan senarai pasukan yang bertanding.

Advertisements

Sebelum ini, Perlis United hampir menyertai Liga Super musim 2024/25 untuk mengisi slot pasukan ke-14.

Bagaimanapun, pasukan itu dinafikan hak menyertai liga selepas gagal memenuhi keperluan syarat lesen yang dikenakan First Instance Body (FIB).

Selain itu, Perlis United dan Sarawak United juga tersenarai sebagai antara pasukan yang dikenakan sekatan perpindahan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram