Permata Tempatan PJ City Laku Keras
Dunia
PJ City FC
Advertisements

Walaupun PJ City tidak beraksi dalam saingan Liga Super musim 2023, kualiti yang ditunjukkan para pemainnya menarik minat banyak kelab untuk mendapatkan khidmat mereka.

Salah seorang daripada mereka ialah pemain sayap lincah R. Kogileswaran. Baru-baru ini, namanya menjadi sebutan ramai selepas bersetuju menyertai kelab Liga Korea 2, Chungbuk Cheongju.

Sebelum perpindahannya ke Chungbuk menjadi rasmi, khidmatnya diintai bukan saja kelab-kelab Liga Super. Malah, Tampines Rovers (Singapura) dan pesaing Chungbuk, Chungnam Asan juga turut berminat mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Manakala dua pemain kebangsaan, V. Ruventhiran dan Darren Lok dijangka akan menjadi tonggak utama pasukan baru masing-masing, Selangor dan Sabah.

Tetapi Negeri Sembilan dilihat memanfaatkan sepenuhnya ketiadaan PJ City dengan mendapatkan empat pemain diketuai kapten dan bek kanan, Mahali Jasuli.

Selain bekas bek kanan pasukan kebangsaan itu, R. Aroon Kumar, R. Barathkumar dan Zainal Abidin Jamil turut sah menyertai skuad Hoben Jang Hoben.

Advertisements

Ini menunjukkan pendekatan menggunakan pemain tempatan yang dipakai PJ City telah menghasilkan ramai pemain berkualiti dengan sesetengah daripadanya menjadi tonggak Harimau Malaya.

Sudah tiba masanya pemain-pemain tempatan diberi peluang lebih kerap oleh pasukan-pasukan Liga Super musim ini. Tak guna berbelanja besar untuk pemain import tetapi pada akhirnya, hanya jadi penumpang dalam pasukan.

Atas sebab inilah, sesetengah pasukan seperti Selangor dan Perak amat teliti dalam memilih awang import. Selain didorong faktor kewangan, mereka juga mahu pemain-pemain tempatan diberi peluang untuk menyinar dalam saingan liga musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram