Perpindahan Pratama Arhan Jadi ‘Marketing’ PSSI?
Dunia
PSSI
Advertisements

Perpindahan tonggak muda Indonesia, Pratama Arhan telah mendapat liputan yang meluas dan menjadi bualan peminat bola sepak di Asia. Pemain yang berusia 20 tahun ini bakal menjadi taruhan sebuah kelab divisyen 2 yang berpangkalan di Jepun, iaitu Tokyo Verdy.

Pasukan Tokyo Verdy secara sah mengumumkan Arhan sebagai pemain baharu mereka pada 16 Februari yang lepas dan beliau dijadualkan berangkat ke Jepun sekitar 5-6 hari lagi. Perkara itu dimaklumkan agennya, Dusan Bogdanovic pada sidang media khas buat Pratama Arhan “Dari Blora Ke Tokyo”.

Pada Jumaat lepas, satu sidang media khas telah dibuat anjuran Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) bagi menjelaskan jalan cerita perpindahan Arhan ke Tokyo Verdy. Namun terdapat segelinitir penyokong bola sepak di Indonesia yang mempersoalkan sidang media yang dibuat badan induk itu.

Advertisements

Sesetengah mereka mendakwa bahawa PSSI turut sama mahu menyibuk, sedangkan perpindahan ini adalah perpindahan dari sebuah kelab ke kelab yang lain.

Bagaimanapun CEO pasukan PSIS Semarang, Yoyok Sukawi mengakui kemenjadian karekter Pratama Arhan ketika ini adalah keberhasilan bersama program anjuran kelab dan juga PSSI. PSSI sebagai badan yang bertanggungjawab dalam penstrukturan pembangunan bakat di Indonesia telah menjalankan tugas dengan sangat baik.

“Kami dari keluarga besar PSIS Semarang mengucapkan terima kasih atas dukungan bangsa Indonesia dan tidak lupa juga kepada Ketum PSSI yang mana keberhasilan kami membina Pratama Arhan ini adalah hasil daripada program yang dicanangkan dari ketua umum selama beberapa tahun,” ujar Yoyok.

Advertisements

Dalam pada itu, Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan melahirkan rasa teruja dan bangga dengan kejayaan anak buahnya. Dalam sidang media tersebut, Iriawan menjelaskan bahawa bola sepak Indonesia kini semakin maju di depan setelah ramai pemain mereka yang berjaya berkelana di luar negara.

“Alhamdulillah ini jadi satu kebanggaan bagi saya, bagi ‘stakeholder’ bola sepak. Ternyata pemain kita boleh melebarkan sayap di seluruh pelusuk dunia, kita sudah ada di Eropah, Korea dan sekarang di Jepun.” ujar Iriawan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram