Persaingan Penjaga Gol Malaysia Ke Piala Asia Semakin Mencabar
Dunia
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Persediaan penjaga gol Malaysia untuk merebut tempat ke Piala Asia semakin sengit apabila beberapa penjaga gol menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan dalam saingan Liga Super.

Pengendali negara, Kim Pan-gon sudah pun mencuba beberapa penjaga gol sepanjang bersama skuad kebangsaan kira-kira setahun yang lalu dan kini misi untuk mencari penjaga gawang yang ingin dibawa ke Piala Asia tahun hadapan.

Berikut merupakan tiga penjaga gol yang mempamerkan prestasi luar biasa di Liga Super:

Advertisements
  1. Syihan Hazmi

Penjaga gol utama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ini terus mengukuhkan cengkaman selaku penjaga gawang paling konsisten sejak musim lalu.

Pemain berusia 27 tahun ini juga menjadi pilihan utama Kim Pan-gon untuk mengawal gawang gol Malaysia sejak Kelayakan Piala Asia tahun lalu.

Advertisements

Pada musim ini, bekas penjaga gol Negeri Sembilan ini telah beraksi dalam kesemua 17 perlawanan Liga Super dengan merekodkan 1530 minit bermain.

Sungguhpun beraksi dengan cemerlang, kekebalan benteng pertahanan skuad Harimau Selatan banyak membantu beliau apabila hanya bolos 3 gol sahaja setakat ini.

Advertisements

Beliau juga telah mencatatkan 14 clean sheet sekaligus mengukuhkan lagi tempat ke Piala Asia tahun hadapan.

2. Sikh Izhan Nazrel

Advertisements

Penjaga gol Negeri Sembilan ini merupakan antara pemain yang paling menyerlah bagi saingan Liga Super 2023.

Pada usia 22 tahun, anak jati kelahiran Pulau Pinang ini berjaya menambat hati K. Devan untuk beraksi secara konsisten dalam kesebelasa utama pasukan.

Penjaga gol bawah 23 tahun negara ini juga telah beraksi buat kali pertama bersama skuad senior ketika merekodkan kemenangan 10-0 ke atas Papua New Guinea.

Berdasarkan statsitik, Sikh Izhan menjadi penjaga gol paling banyak melakukan penyelamatan percubaan (shot saved) di Liga Super iaitu sebanyak 52 kali.

Sungguhpun tidak banyak melakukan clean sheet, beliau tetap konsisten beraksi untuk mengawal gawang skuad Jang.

3. Suhaimi Husin

Penjaga gol Terengganu ini menjadi pilihan utama Tomislav Steinbrückner untuk mengemudi gawang gol pasukan.

Pemain berusia 28 tahun ini berjaya mengukuhkan kedudukan selaku penjaga gol utama skuad Peteh dan beraksi sebanyak 1170 minit pada musim ini.

Pada musim ini, Suhaimi menjadi antara penjaga gol paling menyerlah sungguhpun Terengganu tidak mencapai prestasi sebenar seperti musim lalu, beliau tetap menjadi watak penting untuk menggagalkan setiap percubaan lawan.

Beliau merekodkan penyelamatan percubaan (shot saved) kedua terbaik di Liga Super iaitu sebanyak 45 kali dan mencatat 6 clean sheet pada musim ini.

Kesimpulan:

Malaysia memiliki beberapa pilihan penjaga gawang lain yang memperagakan aksi terbaik untuk bersaing merebut tempat ke Piala Asia dengan saingan Liga Super dan Piala Malaysia bakal menjadi detik penting buat pemain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram