Persaraan Yang Memedihkan, Jonathan Khemdee Dianggap Biadap Baling Pingat Perak
Asia Tenggara
Jkkhemdee & Mzansi Soccer
Advertisements

Bintang muda Thailand, Jonathan Khemdee telah mengumumkan persaraan daripada mewakili negaranya Thailand selepas aksi final Sukan SEA pada semalam.

Beliau membuat keputusan tersebut dengan harapan dapat memungut pingat emas Sukan SEA bagi edisi kali ini sebelum beliau bersara. Bagaimanapun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila Thailand dijinakkan Indonesia dalam aksi final Sukan SEA 2023.

Indonesia mencatat kemenangan bergaya mengatasi Thailand dengan keputusan 5-2. Perlawanan yang hangat itu turut disusuli dengan insiden pergaduhan dan layangan kad merah.

Advertisements

Jonathan Khemdee yang beraksi daripada babak awal permainan hingga ke masa tambahan akhirnya telah diarah keluar oleh pengadil kerana mengutip dua kad kuning. Kekasaran di masa tambahan yang dilakukan pemain berusia 21 tahun ini terhadap pemain Indonesia, Rio Fahmi sekaligus memaksa pengadil melayangkan kad merah buat beliau.

Kad merah tersebut merupakan kad merah ketiga yang dilayangkan pengadil buat pasukan Thailand. Beraksi lebihan perlawanan dengan 8 orang pemain, skuad Gajah Perang itu gagal bangkit dan sekadar berpuas hati meraih pingat perak untuk edisi kali ini.

“Saya amat kecewa dengan perlawanan final seperti ini. Hari ini merupakan hari terakhir saya bersama skuad kebangsaan Thailand. Saya mahu berehat, tapi tak tahu berapa lama. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dan pasukan Thailand,” ujar beliau kepada Mzansi Soccer.

Advertisements

Persaraan yang pahit buat Jonathan Khemdee apabila aksi terakhirnya bersama skuad kebangsaan, beliau diarah keluar padang dan berakhir dengan kekecewaan kerana beliau tidak dapat merangkul pingat emas.

Tindakan pertahanan Ratchburi FC ketika upacara penyampaian medal turut mencetus kemarahan ramai pihak. Penyokong menganggap tingkah laku Khemdee tersebut sebagai biadap. Pemain kacukan Thailand/Denmark ini juga membaling hadiah kemenangan dan pingat perak yang diterimanya kepada penonton usai perlawanan.

https://www.facebook.com/profile.php?id=100083840675638

Advertisements

Gelaran emas Sukan SEA untuk acara bola sepak yang diraih Indonesia merupakan satu penantian yang berdekad lama iaitu selama 32 tahun. Untuk rekod, Thailand telah merangkul gelaran juara Sukan SEA sebanyak 16 kali, Malaysia enam kali, Myanmar lima kali Vietnam dan Indonesia sebanyak tiga kali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram