Persija Jakarta Tolak Permintaan Borussia Dortmund
Dunia
Sporf / Persija
Advertisements

Umum mengetahui bahawa kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund akan melakukan jelajah di rantau Asia Tenggara semasa Piala Dunia 2022 dijalankan. Antara negara yang terlibat adalah Indoensia, Vietnam dan Singapura.

Dortmund dijangka akan beraksi di Indonesia dengan mengadakan perlawanan berkonsepkan trofi di mana mereka akan menentang dua kelab Indonesia iaitu Persib Bandung dan Persebaya Surabaya.

Namun begitu, kelab gergasi Indonesia, Persija Jakarta terpaksa menolak permintaan Dortmund untuk turut serta dalam trofi itu. Ini kerana Persija dikatakan bakal menentang kelab Korea Selatan pada tarikh tersebut.

Advertisements

Pihak penganjur, NineSport dalam temubual sebelum ini mengesahkan ada menghubungi Persija untuk sama-sama turut serta dalam perlawanan menentang Dortmund namun Persija terpaksa menolak pelawaan itu.

Jurulatih Persija, Thomas Doll mengakui bahawa masih menjalinkan hubungan yang baik bersama Dortmund memandangkan beliau merupakan bekas jurulatih pasukan gergasi Jerman itu. Namun segalanya beliau serahkan kepada pihak kelab untuk membuat keputusan.

“Saya memang mempunyai hubungan yang baik dengan Dortmund tapi saya serahkan semuanya kepada kelab. Kami sudah disahkan akan menentang kelab Korea. Jadi takkan kami akan lawan kelab korea 45 minit dan menentang Dortmund 45 minit berikutnya? Itu tidak mungkin berlaku,” jelas Doll.

Advertisements

Dalam pada itu, Doll berbangga kerana akan ada dua kelab Indonesia yang akan menentang Dortmund yang mempunyai pemain-pemain yang hebat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram