Pertahanan Johor Darul Ta’zim FC, Carli De Murga secara rasmi menyertai Kelantan bagi saingan musim 2023.
Pemain berusia 34 tahun itu merupakan antara bintang berpengalaman di Malaysia setelah beraksi bersama Terengganu dan juga JDT sebelum ini.
Menurut satu kenyataan oleh pemilik Kelantan, Norizam Tukiman, beliau memaklumkan bahawa pasukan kini giat membawa masuk beberapa lagi pemain.
De Murga difahamkan akan dibawa masuk secara tetap dan bukannya pinjaman menerusi hantaran komen yang dibuat oleh Zamsaham.
Sebelum ini, The Red Warriors sudah pun membawa masuk beberapa nama antaranya ialah pertananan Korea, Kang Eui Chan, Kim Min Kyu, Nuha Marong dan beberapa pemain lagi.
Kelantan juga baru sahaja melancarkan jersi dalam satu majlis perasmian semalam dengan tiga jersi unik bakal menjadi pakaian rasmi pasukan di atas padang.

Bekas pertahanan Chonburi ini bakal menjadi aset terbaik bagi memantapkan pertahanan pasukan dalam misi besar musim 2023.