5 Pertahanan Muda Tempatan Berjaya Raih Minit Permainan Tertinggi
Dunia
Instagram: @selangorfc
Advertisements

Pentas Liga Super musim ini memperlihatkan pasukan-pasukan yang bertanding sudah mula berani untuk mengetengahkan bakat muda bagi mengetuai cabaran pasukan.

Pada musim ini, terdapat ramai pemain yang berjaya untuk menembusi ke pasukan utama. Malah, pada perlawanan ke-19 Liga Super, purata umur bagi kesemua pasukan adalah bawah daripada 30 tahun.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa pemain pertahanan yang telah meraih minit permainan tertinggi bersama pasukan masing-masing.

Advertisements

Hal ini amat penting untuk perkembangan dan pembangunan bakat dalam diri seseorang pemain seperti yang pernah ditegaskan oleh Lim Teong Kim dalam satu temubual.

Baca: Paralimpik 2020: Perjalanan Chee Chao Ming Tertangguh Di Pusingan Kelayakan

Pertahanan yang memiliki minit permainan tertinggi di Liga Super musim ini ialah Quentin Cheng. Pemain pasukan Penang FC ini menjadi kepercayaan Thomas Trucha untuk mengetuai bahagian pertahanan kanan pasukan.

Advertisements

Malah, beliau telah pun diturunkan dalam kesemuanya perlawanan Liga Super pada musim ini. Persembahan konsisten pemain berusia 21 tahun ini menjadi tunjang utama kepada kemenjadian taktikal jurulatih tersebut.

Beliau juga telah berjaya melakukan 4 bantuan gol sepanjang 19 perlawanan.

Pemain kedua yang mendapat minit permainan tertinggi ialah pertahanan kanan pasukan Selangor FC iaitu Syahmi Safari.

Advertisements

Pemain berusia 23 tahun ini telah membuat 18 penampilan bersama ‘The Red Giants’ termasuklah beberapa perlawanan beliau dimasukkan sebagai pemain gantian.

Pemain kelahiran Kuala Selangor ini jelas menjadi tonggak utama buat pasukan apabila beliau boleh beraksi di mana-mana posisi di bahagian kanan padang.

Baca: Adam Norrodin: Ini Peluang Terbaik Saya

Advertisements

Sehingga kini, Syahmi telah berjaya menjaringkan satu gol buat Selangor dalam kancah Liga Super Malaysia serta mencatat 100 penampilan bersama gergasi Merah Kuning itu.

Sharul Nazeem merupakan pemain ketiga yang berjaya memperoleh minit permainan terbanyak musim ini. Pemain berusi 21 tahun telah turun sebanyak 12 kali bersama skuad utama Selangor.

Pemain ini juga telah membantu Selangor FC ketika mencatatkan kemenangan ke atas UITm FC melalui gol yang disudahkan hasil sepakan percuma rakan sepasukan.

Sharul juga menjalankan tugas dengan sangat baik untuk mengemudi bahagian pertahanan tengah Selangor yang kini berjaya menduduki tangga keempat dalam Liga Super.

Pemain seterusnya adalah duo pertahanan Terengganu FC iaitu Azam Azmi dan juga Shahrul Nizam.

Azam Azmi yang beraksi di posisi pertahanan kanan telah tampil sebanyak 16 kali pada musim ini. Beliau turut menjadi watak penting dalam kemenangan Terengganu ke atas JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Beliau juga telah menjaringkan satu gol dan mencatat 2 bantuan gol.

Shahrul Nizam pula telah beraksi sebanyak 17 kali di bawah kendalian Nafuzi Zain musim ini. Beliau sering dilihat bergandingan bersama kapten pasukan, Carlie De Murga dan membantu Suhaimi Husin mencatat 8 perlawanan tanpa bolos musim ini.

Prospek muda berkualiti amat penting untuk diketengahkan oleh setiap pasukan dalam usaha memberi pendedahan dan pengalaman yang secukupnya kepada para pemain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram