Kelibat 3 Pertahanan Tengah Yang Kena ‘Selera’ Kim Pan-gon
Dunia
Terengganu FC-MFL
Advertisements

Pasukan Harimau Malaya yang kini berwajah baharu di bawah kendalian jurulatih, Kim Pan-gon dilihat memberi aksi yang cukup meyakinkan semasa siri perlawanan persahabatan di Singapura baru-baru ini.

Namun begitu, perlawanan persahabatan kedua menentang Singapura itu menceritakan kerapuhan barisan pertahanan negara apabila ketiadaan pertahanan tengah, Khuzaimi Piee dilihat sebagai satu kehilangan besar apabila pasukan negara tewas 2-1.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa orang pemain pertahanan tengah yang mampu untuk menggalas tugas setelah menampilkan aksi yang cukup memberangsangkan dalam saingan liga sejak musim lalu.

Advertisements

3. Shahrul Nizam Roshasni

Pemain pertahanan tengah muda ini merupakan antara pertahanan yang beraksi dengan cemerlang pada musim lalu.

Beliau yang baru sahaja berusia 23 tahun mempamerkan kematangan dan juga ketenangan setiap kali diberi peluang untuk beraksi.

Advertisements

Di bawah kendalian jurulatih pasukan, Nafuzi Zain, beliau membentuk gandingan yang cukup mantap bersama pertahanan import, Charlie De Murga dan beraksi lebih daripada 15 perlawanan.

Bukan itu sahaja, Shahrul juga menjadi satu-satunya pemain yang melakukan halangan paling banyak pada musim lepas iaitu 24 kali.

Anak kelahiran Kelantan ini disebut-sebut sebagai pengganti jangka masa panjang di posisi pertahanan tengah negara.

Advertisements

Ketenangan beliau mengawal pertahanan ketika kedua-dua pertahanan kiri dan kanan naik menyerang menjadikan Terengganu antara pasukan yang sukar dibolosi musim lepas.

2. Shahrul Nazeem Zulpakar

Pertahanan tengah muda Selangor FC ini seringkali menjadi taruhan pasukan The Red Giants untuk mengemudi barisan pertahanan pasukan.

Advertisements

Beliau yang masuk untuk mengisi kekosongan disebabkan kecederaan yang melanda barisan pertahanan pasukan memanfaatkan peluang yang diperoleh dengan baik.

Pemain berusia 23 tahun itu cemerlang bergandingan di bahagian pertahanan tengah selain berjaya melakukan peranan dengan cukup baik.

Ketenangan dan aksi kerasnya mengemudi pertahanan Selangor telah membantunya untuk memperoleh peluang untuk beraksi hampir 12 perlawanan Liga Super musim lalu.

Beliau juga berada pada tangga kedua sebagai pemain yang paling banyak melakukan hadangan pada musim lalu iaitu sebanyak 9 kali.

Sharul tidak dapat menempatkan diri dalam senarai 25 orang pemain yang dibawa ke Singapura selepas Pan-gon memilih untuk tidak membawanya atas faktor kecergasan.

Sungguhpun begitu, beliau tetap mampu untuk menambat hati Pan-gon disebabkan kepantasan yang dimiliki untuk menutup ruang ketika pasukan lawan melakukan serangan balas.

1. Rodney Kelvin

Bekas pertahanan pasukan Selangor ini menampilkan aksi yang sangat memberangsangkan sepanjang tempoh pinjamannya bersama pasukan Kedah Darul Aman FC.

Pemain berusia 25 tahun ini berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Irfan Zakaria dengan cukup cemerlang.

Gandingan serasi bersama Renan Alves telah membawa kejayaan yang cukup cemerlang sehingga berjaya menempatkan Kedah di tangga kedua dalam saingan Liga Super.

Beliau juga beraksi sebanyak 16 perlawanan bersama Kedah pada musim lalu yang membawanya sebagai salah seorang pemain yang paling konsisten dalam liga.

Aksi ’underrated’ nya juga telah menyaksikan Kedah memilih untuk menandatangani beliau secara tetap pada musim ini.

Kepantasan dan kebolehan beliau untuk membaca gerakan lawan telah memberi kebebasan buat pemain pertahanan kiri dan kanan untuk membuat ’overlap’.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram