Pertembungan Eddy Israfilov & Joseph Esso Cetus Tumpuan Peminat
MakanBola
JST/NSFC

Perebutan bola antara pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Eddy Israfilov dan penyerang Negeri Sembilan, Joseph Esso jadi bualan peminat bola sepak tempatan.

JDT bertandang ke gelanggang Negeri Sembilan untuk aksi Liga Super minggu ke-15 dengan nama Eddy Israfilov sekali lagi menjadi sandaran di benteng pertahanan skuad Harimau Selatan.

Sementara, Negeri Sembilan yang mahu mencipta kejutan di hadapan para peminat sendiri pertaruh gandingan Joseph Esso, Takumi Sasaki dan Jovan Motika di jentera serangan.

Pertarungan berlangsung cukup sengit di sepanjang 45 minit pertama dengan Negeri Sembilan berjaya mengawal asakan hebat JDT selain turut mencipta peluang demi misi memburu jaringan.

Di penghujung babak pertama, satu insiden menarik berlaku apabila Joseph Esso berjaya mencuri bola dari kawalan JDT sebelum Eddy Israfilov hadir menghalang larian pemain dari Cameroon itu.

Halangan itu bagaimanapun menyebabkan Joseph Esso jatuh terbaring ketika mana para pemain Negeri Sembilan mendakwa siku Eddy Israfilov mengenai muka penyerang tersebut.

Walau bagaimanapun, pengadil bertindak untuk meneruskan sahaja permainan tak lama kemudian meskipun aksi terhenti seketika untuk semakan bersama pegawai di bilik semakan VAR.

Kedudukan semasa aksi Negeri Sembilan vs JDT masih belum ada sebarang jaringan setakat minit ke-56.