Tiket aksi Liga Super antara Negeri Sembilan FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat sambutan hangat dalam kalangan penyokong.
Ini berdasarkan kemas kini jualan tiket perlawanan yang diumumkan Negeri Sembilan di platform rasmi mereka pada Jumaat.
Kemas kini terbaru menyaksikan lebih 13,000 tiket perlawanan sudah terjual setakat ini. Bilangan tersebut dijangka semakin bertambah apabila perlawanan berlangsung nanti.
Tidak mustahil aksi Sang Rusa menentang Harimau Selatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi menarik kehadiran lebih 20,000 orang penyokong.
Ini berdasarkan rekod kehadiran penyokong membabitkan aksi menentang pasukan gergasi. Misalnya, aksi Negeri Sembilan menentang Selangor FC pada Ogos lalu menarik kehadiran 25,500 orang.
Ini disusuli aksi Sang Rusa menentang Kuching City yang menarik kehadiran seramai 24,400 orang.
Penyokong yang masih belum mendapatkan tiket boleh mendapatkannya di platform Ticket Hotline. Bagi yang ingin mendapatkan tiket secara fizikal, mereka boleh pergi ke Wisma PBNS dan Warrix Matchday Store @ STAR Paroi.