“Perubahan Taktikal Baru Bantu KL City” – Tchetche Kipre
Piala Malaysia
KL City FC
Advertisements

Penyerang KL City FC, Tchetche Kipre mengakui perubahan taktikal pasukan yang mementingkan penguasaan bola dan lebih menyerang membantu The City Boys meraih kemenangan besar dalam dua perlawanan.

Selepas membelasah Kelantan 5-1 dalam aksi Liga Super pada 29 Julai lalu, giliran Penang FC pula menjadi mangsa terbaru mereka.

Skuad Harimau Kumbang tumbang 4-0 kepada KL City FC dalam aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2023.

Advertisements

Bagi Kipre, perubahan taktikal ini bukan saja memberi faedah kepada jentera serangan The City Boys. Malah, ini membantu mereka lebih peka dan membuat keputusan lebih tepat di atas padang.

“Ya, saya rasa (keputusan ini) disebabkan cara kita bermain. Dalam dua permainan terakhir, kita guna cara permainan yang berbeza. Sebelum ini, kita beri fokus kepada bertahan. Tapi dengan jurulatih baru (Nenad Bacina), dia meminta kami mengawal bola terlebih dahulu.

“Kita cuba menggunakan idea ini dan saya rasa ia berkesan kerana kita ada ramai pemain berbakat dan kita perlu memanfaatkan sepenuhnya sebagai pemain dan itu yang kita cuba lakukan,” katanya kepada Nadi Arena selepas tamat perlawanan Penang FC-KL City FC pada Khamis lepas.

Advertisements

Corak permainan baru KL City FC ini akan diuji menerusi derby Lembah Klang menentang musuh setempat, Selangor FC untuk saingan Liga Super pada 8 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram