Pesanan Khas Brendan Gan Buat Rakan Sepasukan
Dunia
selangorfc
Advertisements

Kapten pasukan Selangor, Brendan Gan memberikan sedikit pesanan khas buat rakan sepasukan bagi mengharungi aksi kedua suku akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Sabtu ini.

Pemain kacukan Malaysia Australia itu menyatakan bahawa pasukan perlu percaya pada kemampuan diri sendiri dan tetap kekalkan momentum untuk beraksi dengan lebih cemerlang ketika di atas padang.

Dalam pada itu, ketika perlawanan aksi pertama suku akhir Piala Malaysia, Selangor telah berada dalam zon selesa apabila berjaya menewaskan skuad Jang dengan keputusan 2-0.

Advertisements

“Jadi, kami akan turun pada perlawanan Sabtu ini dengan keyakinan, saya memberi pesanan kepada rakan sepasukan untuk percaya pada diri sendiri dan fokus kepada apa yang mampu kita lakukan,” katanya.

Bagaimanapun, pemain yang berusia 34 tahun itu menganggap prestasi perlawanan aksi pertama pasukan Selangor tersebut dilihat tidak memuaskan. Akan tetapi beliau mengharapkan dapat memperbaiki kesilapan supaya ianya tidak terjadi lagi.

Advertisements

“Saya harap ia akan dapat membaiki sedikit masalah dialami pasukan kerana ia bukanlah perlawanan yang sempurna buat kami kerana terdapat sedikit kesilapan perlu dielakkan daripada berulang,” katanya kepada Majoriti.

Selangor bakal bertemu Negeri Sembilan untuk aksi kedua suku akhir di dalam saingan Piala Malaysia untuk mengejar tiket ke separuh akhir musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram