Petanda yang ditinggalkan oleh bekas jurulatih negara, Peter Cklamovski tentang Bergson Da Silva semakin hampir.
Skuad kebangsaan kini mengharungi kejohanan ASEAN Hyundai Cup 2026 dan sudah pun merakamkan dua kemenangan peringkat kumpulan.
Harimau Malaya bagaimanapun dibarisi gabungan muka baharu dan berpengalaman dengan beberapa pemain utama tidak berada dalam skuad kali ini susulan mengharungi aksi pra-musim bersama kelab.
Malaysia pula kini dikendalikan oleh ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe bakal mengharungi kejohanan berikutnya iaitu FIFA ASEAN Cup 2026 pada September nanti.
Keputusan undian menyaksikan Harimau Malaya berada pada Kumpulan A, Divisyen 1 bersama tuan rumah, Indonesia, India dan juga Singapura.
Sebelum ini, jurulatih kelahiran Australia ini telah memberi bayangan bahawa peledak berusia 36 tahun itu bakal memperkuat Harimau Malaya.
“Mereka (Bergson dan Gallifuoco) bersedia untuk kem seterusnya,” ujar Cklamovski ketika ditemui media pada kem latihan pusat, Mac lalu.
Kenyataan ini menggambarkan bahawa dua pemain ini khususnya Bergson berpotensi untuk memperkuat skuad kebangsaan seawal aksi FIFA ASEAN Cup 2026 di Jakarta, September ini namun belum ada pengesahan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).