Petar Šegrt: Malaysia Ada Segalanya
Dunia
FF Tajikistan
Advertisements

Ketua jurulatih Tajikistan, Petar Šegrt mengakui bahawa Malaysia memiliki segala-galanya untuk mencipta kejutan pad a perlawanan akhir.

Beliau yang berjaya membawa pasukannya menewaskan Trinidad & Tobago dengan keputusan 2-1 itu turut terkejut dengan kemampuan anak didik Kim Pan-gon untuk membenam Thailand di hadapan puluhan ribu penyokong mereka.

Katanya, perkara itu juga membuktikan bahawa Malaysia semenangnya memiliki kualiti pemain yang mampu menandingi pasukannya sungguhpun mereka berada pada kedudukan yang lebih baik.

Advertisements

“Kita perlu hormat Malaysia kerana mereka berjaya sampai ke tahap ini.”

“Kami melihat Malaysia melakukan persediaan yang cukup rapi dan saya jangkakan perlawanan akhir yang cukup sengit.”

Sambil itu, Sergt turut menegaskan bahawa   Harimau Malaya hadir dengan segala-galanya ke Chiang Mai dan memiliki persediaan yang cukup rapi.

Advertisements

“Kami tiada apa-apa sedangkan Malaysia datang dengan persediaan yang rapi, peralatan (GPS), makanan tambahan dan sebagainya.”

“Akan tetapi, kami memiliki pemain dengan karakter dan juga mentaliti yang cukup baik dan kami bersedia untuk final ini.”

Malaysia mahu menamatkan kemarau 44 tahun dengan kemenangan bermakna dan mencipta kejutan di Chiang Mai.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram