Dunia
Advertisements

Isu tunggakan gaji pemain bagaikan tiada kesudahan. Demikianlah isu yang diperkatakan oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) yang menyifatkan biarpun memasuki tahun 2020 namun arena bola sepak negara masih dihantui masalah tunggakan gaji yang belum menampakkan penyelesaian sebaliknya terus diperdebatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata, pihaknya melihat perkara tersebut sebagai satu isu utama sekiranya tidak diselesaikan akan menjejaskan masa depan para pemain yang juga aset kepada pasukan dan negara.

“Kita menyambut baik mana-mana pasukan yang sentiasa berusaha untuk menyelesaikan tanggungjawab mereka. Bagi pasukan-pasukan yang berhutang, saya menggesa untuk terus berusaha selesaikan hutang sebelum musim bermula.”

Advertisements

“Percayalah, sekiranya hutang ini tidak diselesaikan sebelum bermulanya musim baharu, bebanan ini akan terus menjerat pasukan dan kemungkinan pasukan akan terperangkap dalam krisis hutang yang baharu,” tambahnya lagi.

Shukor Adan PFAM Selar Tunggakan Gaji Pemain Masih Belum Selesai
Shukor Adan antara pemain yang tertunggak gajinya

Lebih mengecewakan menurut Izham, masih terdapat pasukan yang kini rancak membuat persiapan mengharungi saingan Liga-M dengan menandatangani pemain baharu.

“Perkara inilah sebenarnya yang membuat kami para pemain berasa amat kecewa dan seolah-olah teraniaya dengan janji-janji manis pasukan. Tambahan pula mereka ini adalah pasukan-pasukan besar dan masing-masing mempunyai wakil dalam kepimpinan FAM dan MFL dan ianya secara tidak langsung memberi perspektif tidak baik kepada kedua-dua badan bola sepak itu sekiranya pasukan-pasukan ni terus dibenarkan bersaing sekalipun terpalit dengan hutang,” katanya.

Advertisements

Sehubungan itu, beliau berharap tindakan tegas diambil terhadap pasukan yang masih berhutang dengan pemain dan merasakan ini masa terbaik bagi membetulkan masalah.

Sehubungan itu, beliau berharap tindakan tegas diambil terhadap pasukan yang masih berhutang dengan pemain dan merasakan ia masa terbaik bagi membetulkan masalah tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram