Piala AFC: Kedah Ajar Visakha Cara Bermain Bola Sepak
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kedah Darul Aman berjaya menewaskan kelab dari Kemboja, Visakha FC dengan jaringan besar 1-5 sekaligus mara ke pusingan kalah mati Piala AFC 2022.

Jaringan hatrik penyerang import dari Jordan, Mahmoud Al-Mardi dan 2 jaringan daripada Fayadh Zulkifli dan Ngah Wanja memastikan 3 mata penuh milik Kedah.

Kemenangan besar Kedah ini juga memberikan kelebihan besar buat sang kenari menjuarai Kumpulan G Piala AFC zone ASEAN sekaligus mara ke separuh akhir untuk zon ASEAN.

Advertisements

Selain Kedah, wakil Malaysia ke-2, KL City turut mara ke pusingan seterusnya selepas berjaya menewaskan wakil Singapura, Tampines Rovers 2-1 di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Kedah dan KL City bakal beraksi di separuh akhir zon ASEAN yang dijadualkan berlangsung pada Ogos ini dan kemaraan kedua-dua pasukan Malaysia ini turut membantu Malaysia memperoleh mata MA Ranking.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram