Perlawanan pertama peringkat kumpulan A menyaksikan Kemboja berjaya mengejutkan Filipina dengan keputusan 3-2.
Seawal minit permainan dilihat kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.
Pasukan Kemboja berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-16 permainan menerusi pemain tengah, Reun Bunheing selepas mudah menyempurnakan hantaran daripada rakan sepasukannya.
Selang 4 minit permainan, Kemboja sekali lagi berjaya menggandakan jaringan menerusi Orn Chanpolin dengan sepakan deras daripada luar kotak penalti.
Pada minit ke-41 permainan, Filipina berjaya mencuri satu gol sebelum tamat separuh masa pertama menerusi penyerang berbisa mereka, Kenshiro Daniels.
Selang 10 minit separuh masa kedua, Kenshiro Daniels sekali lagi menjaringkan gol kedua buat Filipina untuk menyamakan kedudukan 2-2.
Pada minit ke-59, Kemboja menggandakan jaringan untuk memberi kelebihan satu gol menerusi Reung Bunheing dengan tandukan kemas menewaskan penjaga gol Filipina.
Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan.
Filipina bakal bertemu pasukan Brunei bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan sementara itu Kemboja akan bertemu Indonesia pada hari Jumaat ini.