Advertisement
Piala AFF: Thailand ‘Kenyang’ Belasah Filipina
Dunia
MakanBola
Changsuek

Perlawanan peringkat kumpulan A malam ini menyaksikan pertembungan Thailand menentang Filipina yang berakhir dengan keputusan 4-0.

Thailand membuka jaringan seawal tiga minit permainan menerusi penyerang berbisa, Teraasil Dangda dengan tandukkan deras menewaskan penjaga gol.

Lima minit sebelum tamat separuh masa pertama, Thailand menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti diambil oleh Teerasil Dangda.

Pada minit ke-57 permainan, Thailand menjarakkan lagi kedudukan jaringan menerusi pemain terbaru Terengganu, Adisak Kraisorn yang berjaya menampan kemas hantaran lintang daripada rakan sepasukan.

Pasukan Filipina masih bergelut untuk cuba menguasai permainan, namun mereka tetap gagal untuk menjaringkan sebarang gol.

Pada minit ke-63, pemain sayap Thailand, Suphanan Bureerat menjaringkan gol keempat sekaligus mencatatkan gol pertama peribadinya bersama Gajah Perang.

10 minit sebelum tamat permainan, pasukan Filipina mula menunjukkan kawalan permainan yang baik, beberapa percubaan dalam dan luar kotak dilakukan namun semua serangan berjaya dipatahkan.

Empat minit masa tambahan tidak dapat mengubah keputusan. Thailand ‘Kenyang’ belasah Filipina di Thammasat Stadium, Bangkok.