Piala AFF: Thailand Muncul Juara Tewaskan Vietnam
Dunia
Changsuek
Advertisements

Thailand mengesahkan kejuaraan Piala AFF 2022 selepas berjaya menewaskan Vietnam 1-0 (agregat 3-2) dalam aksi ke-2 perlawanan akhir di Stadium Thammasat, Bangkok.

Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.

Pada minit ke-24, Theeraton Bunmathan memecah kebuntuan jaringan apabila rembatan deras daripada luar kotak berjaya menewaskan penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam.

Advertisements

Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo melakukan pertukaran pemain pada minit ke-36 dengan memasukan bintang mereka, Quang Hai.

Tiada sebarang impak yang berjaya dilakukan oleh Vietnam sehingga tamat separuh masa pertama.

Kemudiannya, separuh masa kedua bermula dengan satu pertukaran dibuat oleh Park Hang Seo, memasukkan T. H. Pham menggantikan P. V. Duc.

Advertisements

Barisan pemain Vietnam mula memberi tekanan dan cuba mengatur strategi untuk membolosi gawang Thailand. Namun, skuad Thailand lebih bersedia hadapi segala serangan yang dilancarkan.

Perancangan taktikal yang terbaik daripada Mano Polking berjaya diterjemahkan setiap pemain Thailand dalam perlawanan kali ini.

5 minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan. Ini bermakna Thailand sudah merangkul Piala AFF buat kali yang ketujuh.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram