Piala Asia B-23: Korea Selatan Berpesta Gol Tewaskan Malaysia
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia bermula langkah kiri dalam perlawanan pertama Piala Asia B-23 Uzbekistan 2022 selepas tewas 4-1 kepada Korea Selatan di Stadium Lokomotiv, Tashkent, Uzbekistan.

Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan namun Korea Selatan dilihat lebih berbahaya ketika melakukan serangan.

Jaringan pertama perlawanan berjaya dihasilkan menerusi tandukan kemas kapten Korea, Lee Sang-min pada minit ke-31.

Advertisements

Bersambung babak ke-2, Korea menggandakan kelebihan jaringan menerusi rembakan jarak jauh pertahanan Suwon Samsung, Kim Tae-Hwan menjadikan kedudukan 2-0 memihak Korea.

Malaysia berjaya merapatkan kedudukan menerusi penyudah cantik Mukhairi Ajmal pada minit ke-82 hasil hantaran Nik Akif menjadikan kedudukan 2-1.

Malaysia mula menggadakan serangan mencari gol penyamaan namun Korea Selatan berjaya memperoleh jaringan ke-3 menerusi satu serangan balas disudahkan pemain gantian, Cho Young-wook pada minit ke-88.

Advertisements

Cho Young-wook sekali lagi menghukum Malaysia menerusi jaringan keduanya pada masa kecederaan sekaligus memberikan kemenangan mutlak buat Korea Selatan dengan 4 gol berbalas 1.

Malaysia bakal bertemu Thailand pada 5 Jun, Ahad ini jam 11 malam di Stadium Milliy.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram