Piala Belia: Selangor Buat Kejutan Tewaskan JDT

Selangor JDT IV Johor Southern Tigers Piala Belia: Selangor Buat Kejutan Tewaskan JDT
Johor Southern Tigers
Azim Noor @mohdazim45
8:58pm 20/03/2023

Selepas melihat skuad senior Selangor dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan kelima Liga Super minggu lepas, skuad Selangor B-18 menebus kehampaan mereka. Ini selepas pasukan itu mengalahkan JDT IV 3-1 dalam saingan Piala Belia 2023 Zon C.

Babak pertama menyaksikan JDT IV ketinggalan kepada pelawat pada minit ke-41 menerusi Akid Zamri. Walaupun cuba bangkit mengejar, keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan barisan muda Merah Kuning menyumbat gol kedua menerusi Alif Aiman pada minit ke-49.

Barisan muda Harimau Selatan menyangka telah berjaya merapatkan kedudukan menerusi Aiman Nazmi pada minit ke-67. Tetapi Gergasi Merah memastikan kemenangan diraih menerusi gol Izzat Syahir pada minit ke-83.

Bagi ramai penyokong Selangor, mereka melihat kemenangan ini sebagai membalas dendam skuad senior mereka di tangan JDT pada minggu lepas. Biarpun tewas, ramai penyokong JDT berharap skuad muda ini dapat bangkit mencipta kemenangan pada perlawanan seterusnya.