Dunia
Advertisements

Pertembungan Manchester ‘derby’ pada awal pagi tadi telah menyaksikan Manchester United tumbang di halaman sendiri kepada Manchester City dengan keputusan 1-3. United yang sebelum ini mencatat rekod cemerlang ke atas big six telah tumbang buat kali kedua berturut-turut kepada big six juga.

Pada aksi separuh akhir pertama Piala Carabao awal pagi tadi, Manchester City lebih banyak mendominasi perlawanan dan berjaya mencatat 3 gol pada separuh masa pertama. Sementara United pula tiada sebarang ‘shot on target’ pada babak pertama.

Biarpun Ole Gunnar Solskjaer menurunkan kesebelasan terkuatnya berhadapan dengan Manchester City dalam usaha beliau mahu mendapatkan piala pertama bersama United sebagai pengurus. Namun, skuad kendalian Pep Guardiola ternyata lebih berkesan dan bertenaga.

Advertisements
Silva Piala Carabao 2019/2020: Man United Tumbang Di Halaman Sendiri
Rembatan Silva untuk jaringan Man City

Bernardo Da Silva membukai tirai jaringan pada minit ke 17 hasil rembatannya ke sebelah kanan gawang United yang gagal di tampan oleh De Gea. Riyad Mahrez menambah gol kedua buat Man Blue pada minit ke 33 hasil hantaran Da Silva yang gagal dihalang oleh pertahanan United. Manakala gol ketiga Man City diperoleh menerusi jaringan sendiri pemain Man United Andreas Pereira pada minit ke 38 selepas bola rembatan Kevin De Bruyne tertampan ke kakinya. Manakala gol tunggal United dijaringkan oleh Marcus Rashford pada minit ke 70 sekaligus dapat mengurangkan defisit gol.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula di stadium Etihad gelanggang Man City pada hujung bulan Januari ini bagi separuh akhir kedua Piala Carabao 2019/2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram