Piala Dunia: Doan Yakin Jepun Boleh Kecewakan Sepanyol
Dunia
FIFA World Cup
Advertisements

Setelah memulakan kempen Piala Dunia dengan kemenangan sensasi 2-1 ke atas Jerman, Jepun dilihat berpotensi cerah mencipta kejutan besar mara ke pusingan kalah mati dari kumpulan yang dianggap kumpulan paling sukar dalam edisi kali ini.

Tetapi kini, di sebalik menduduki tangga kedua Kumpulan H, mereka mungkin akan ditunjukkan jalan keluar malah memerlukan keajaiban untuk mara tatkala aksi terakhir kumpulan akan menyaksikan negara matahari terbit itu berdepan Sepanyol.

Skripnya mungkin berbeza jika mereka berjaya menewaskan Costa Rica tempoh hari dalam aksi kedua, tetapi itulah jalan berliku yang Jepun pilih. Mereka wajib menang jika tidak mahu mengucapkan selamat tinggal seawal peringkat kumpulan.

Advertisements

Di atas kertas jika seri pun masih ada peluang untuk anak buah Hajime Moriyasu mara, TETAPI dengan syarat pertembungan Costa Rica dan Jerman juga berkesudahan seri, ataupun Jerman menang dengan jaringan tidak melebihi defisit satu gol.

Bagi pemain tengah, Ritsu Doan, dia berkeyakinan pasukannya boleh mengecewakan bekas juara dunia dan eropah itu apatah lagi dia sendiri mempunyai dendam untuk dilunaskan.

“Kami tewas kepada Sepanyol di separuh akhir Olimpik tahun lalu yang sekaligus menghancurkan impian meraih emas dan kami tidak mahu dikecewakan lawan sama sekali lagi.

Advertisements

“Saya tahu dan sudah masak cara permainan mereka dan kami akan memastikan kesilapan tidak berulang. Ketika ini moral di dalam kem cukup positif dan semua tekad mahu berjuang all-out,” ujar pemain SC Freiburg itu.

Nada sama disuarakan seorang lagi penyerang, Deichi Kamada, yang berjanji tampil dengan permainan lebih baik setelah tenggelam ketika menentang Jerman dan Costa Rica.

“Saya tidak tahu apa terjadi dengan diri saya pada dua perlawanan lalu, saya melakukan banyak kesilapan. Saya tahu saya boleh main lebih baik, saya boleh lakukannya, masih ada satu perlawanan ibarat final dan saya tidak mahu kecewakan penyokong. Jika saya gagal bawa pasukan melangkah lebih jauh, ia adalah sesuatu yang akan saya kesali sepanjang hidup,” ujar pemain Frankfurt itu.

Advertisements

Apa sekalipun, perlu diakui, menuju aksi terakhir, kelebihan untuk mara ke pusingan kedua kembali berpihak kepada Sepanyol dan Jerman. Hanya kejutan sahaja akan menyaksikan salah satu pasukan gergasi itu tersingkir.

Namun setakat ini Piala Dunia 2022 telah menyaksikan beberapa pasukan gergasi dikejutkan di mana selain kemenangan Jepun ke atas Jerman, kejutan lain adalah Argentina tewas kepada Arab Saudi, Wales tewas kepada Iran dan Belgium tumbang di tangan Maghribi.

Mungkinkah satu lagi kejutan akan disaksikan? Mana tahu berlaku plot-twist, Jepun dan Costa Rica yang mara ke pusingan kedua, tatkala Sepanyol dan Jerman menggigit jari. Dalam bolasepak, tiada yang mustahil.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram