Piala Dunia: Isteri dan Teman Wanita Tidak Puas Didakwa Punca Jerman Tersingkir Awal
Dunia
Fox News
Advertisements

Akhbar kebangsaan Jerman, Bild membuat rumusan mengenai punca tersingkirnya Jerman seawal pusingan kumpulan dari saingan Piala Dunia Qatar 2022.

Jerman yang membuka kempen dengan kekalahan mengejut 1-2 di tangan Jepun, bangkit mengikat Sepanyol 1-1 dan kemudiannya menewaskan Costa Rica 4-2 dalam aksi terakhir Kumpulan E namun ia tidak memadai untuk mereka meneruskan perjuangan.

Ia lantas menjadi kali kedua berturut-turut juara dunia 2014 itu gagal melepasi halangan peringkat kumpulan sekaligus menyaksikan kritikan demi kritikan dilemparkan kepada skuad Hansi Flick itu, sehingga ada pemain menyifatkan ia sebagai malapetaka mutlak.

Advertisements

Pelbagai alasan dikaitkan sebagai punca kegagalan Jerman, bukan semata-mata alasan bolasepak apatah lagi pasukan itu dilihat datang ke Qatar dengan memberi fokus kepada agenda lain seperti protes politik dan lantang memperjuangkan seks sesama jenis.

Begitupun Bild mendakwa punca sebenar Jerman gagal menyerlah adalah kerana isteri dan teman wanita (WAGs) pemain tidak puas menikmati perjalanan dan percutian mereka sepanjang berada di Qatar.

WAGs Jerman dikatakan tidak puas berparti dan berseronok di Qatar sepertimana WAGs Wales dan England yang lebih bergembira di negara Teluk itu dengan cara mereka sendiri, lalu ia mendorong pasukan itu mengakhiri kempen lebih awal untuk pulang berseronok.

Advertisements

“Apa yang tidak kena sebenarnya dengan WAGs Jerman, kaki cramp tak dapat menari setiap hari? Dahaga sangat seminggu dua tak minum arak? Dah rasa terlalu gersang? Tak mengapa, mungkin kini mereka lebih seronok cabaran berakhir awal dan boleh berjoli, berseronok simpan teman lelaki dalam pelukan mereka,” tulis Bild.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram