Piala EFL: Chelsea Bangkit Elak Dimalukan AFC Wimbledon
Eropah
Chelsea FC
Advertisements

Kelab gergasi EPL, Chelsea bangkit daripada ketinggalan di Stamford Bridge sebelum mengatasi pasukan kerdil dari barat daya London, AFC Wimbledon.

Walaupun beraksi di League Two (divisyen empat England), pasukan pelawat langsung tidak gentar dengan suasana di Stamford Bridge. Malah, mereka mendapat sepakan penalti apabila Robert Sanchez melanggar Harry Pell semasa cuba menangkap bola.

James Tilley tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-19 bagi meletakkan The Dons di hadapan. Bagaimanapun, Noni Madueke memastikan keputusan 1-1 apabila menyempurnakan penalti tuan rumah pada minit akhir babak pertama.

Advertisements

Tidak mahu malu disingkirkan di pusingan kedua Piala EFL, Mauricio Pochettino melakukan pertukaran pada separuh masa kedua. Salah seorang yang dimasukkan ialah pemain termahal mereka, Enzo Fernandez.

Fernandez yang masih tercari-cari gol sulungnya bersama The Blues mudah menolak bola dalam gawang pada minit ke-72. Gol tersebut sudah cukup untuk Chelsea mara ke pusingan seterusnya.

Ini turut memastikan Chelsea tidak mengalami nasib sama seperti satu lagi kelab EPL, Sheffield United. The Blades dimalukan Lincoln menerusi penentuan penalti dalam satu lagi aksi Piala EFL.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram