Advertisements
Piala EFL: Man Utd Raih Kemenangan Pertama Hasil Ruud  Van Nistelrooy
Eropah
MakanBola
Manchester United

Aksi saingan Piala EFL pagi ini menyaksikan Man United raih kemenangan pertama dibawah kendalian Ruud Van Nistelrooy selepas menewaskan Leicester City dengan keputusan 5-2.

Kedua-dua buah pasukan membariskan kesebelasan utama yang terbaik bagi saingan EFL pusingan keempat.

Empat gol berjaya dihasilkan oleg Manchester United menerusi Casameiro (1′, 39′), Alejandro Garnacho (28′) Dan Bruno Fernandes (36′). Sementara Leicester pula menerusi Bilal El Khannouss (33′) dan Conor Coady (45′).

Penguasan bola di separuh masa pertama berpihak kepada Man United dengan 56 peratus manakala Leicester City hanya 44 peratus.

Pada minit ke-59 permainan, Ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes menambah jaringan kelima pasukan.

Kemudian, tiada jaringan dapat dihasilkan sehingga ke wisel permainan. Skuad kendalian Ruud Van Nisterooy mara ke pusingan seterusnya.

Manchester United selepas ini bakal bertemu Tottenham Hotspur bagi aksi pusingan sukur akhir Piala EFL pada 17 Disember depan.