Piala FA: Selangor Mudah Atasi Negeri Sembilan Untuk Ke Separuh Akhir
Piala FA
Selangor FC
Advertisements

Selangor dipaksa bermandi peluh sebelum berjaya mara ke separuh akhir Piala FA 2023. Ini selepas Gergasi Merah berjuang mengatasi Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini.

Sebaik sepak mula, pasukan pelawat yang dibimbing Tan Cheng Hoe terkejut apabila dibolosi seawal 36 saat. Bekas bek tengah Merah Kuning, Safuwan Baharudin menanduk masuk lontaran ke dalam Tommy Mawat Bada bagi meletakkan tuan rumah di hadapan.

Belum sempat penyokong tuan rumah meraikan gol tersebut, pasukan pelawat kembali menyamakan kedudukan pada minit ketiga menerusi Mukhairi Ajmal. Walaupun cuba dihalang ramai pemain skuad Rusa dalam kotak penalti, tonggak skuad B-23 negara itu melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Sikh Izhan Nazrel.

Advertisements

Untuk baki separuh masa pertama, kedua-dua pasukan melancarkan serangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat. Dengan anak-anak buah K. Devan menggunakan strategi bertahan dan serangan balas pantas, Cheng Hoe tahu anak-anak buahnya perlu menggandakan asakan pada separuh masa kedua.

Justeru, selepas rehat, barisan serangan Selangor diketuai Ayron Del Valle terus berusaha mencari ruang untuk menambah gol. Pasukan pelawat menunggu sehingga minit ke-60 untuk gol kedua perlawanan menerusi pemain tengah menyerang dari Venezuela, Yohandry Orozco.

Hantaran yang dilorongkan pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim berjaya sampai ke kakinya. Bekas pemain VfL Wolfsburg itu kemudian melepaskan rembatan kencang menewaskan Sikh Izhan.

Advertisements

Dari situ, Red Giants berusaha mencari gol ketiga bagi mematikan terus ancaman skuad Jang. Faisal tidak bernasib baik apabila dua percubaannya dinafikan Sikh Izhan dengan sepakan percuma Del Valle pula terkena palang pada minit ke-76.

Tetapi penantian gol ketiga Red Giants berakhir apabila Orozco menambah gol keduanya pada minit ke-87. Dan itu sudah cukup membantu pasukan pelawat mara ke separuh akhir Piala FA 2023.

Dan kini, Selangor menanti siapa lawan mereka di pentas separuh akhir membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang. Sekiranya JDT berjaya mara ke separuh akhir, maka ini merupakan peluang membalas dendam buat Merah Kuning selepas dimalukan 4-0 oleh lawan sama di Liga Super lebih sebulan yang lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram