Senarai aksi kedua pusingan 16, waktu, lokasi dan siaran tv Piala FA 2026-27 pada minggu ini.
Selepas tamat aksi pertama, Piala FA musim ini kini telah memasuki perlawanan kedua pusingan 16.
Perlawanan pertama menyaksikan kesemua pasukan beraksi dengan penuh bertenaga bagi menempah tiket ke suku akhir.
Dimulai dengan JDT apabila Harimau Selatan menundukkan UM-Damansara dengan keputusan 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim menerusi jaringan Manuel Hidalgo (2 gol), Dani Bolt & Jairo Da Silva masing-masing 1 gol.
Seterusnya, Amirul Akmal berjaya menjaringkan gol saguhati buat pasukan UM-Damansara pada penghujung separuh masa kedua aksi.
Selepas itu, KL City, Penang & Kelantan City turut menewaskan lawan masing-masing iaitu Perak FA, Melaka dan Negeri Sembilan.
Selain itu, aksi Sabah vs Selangor, Kelantan RW vs Kuching City dan Kedah vs Star City hanya mencatatkan keputusan seri.
Sementara itu, perlawanan pertama Brunei DPMM vs Terengganu ditunda kepada tarikh berikutnya akibat jerebu melampau di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Piala FA: Senarai Aksi Kedua Pusingan 16, Waktu, Lokasi & Siaran TV
1- Negeri Sembilan vs Kelantan City
Tarikh: 8 September 2026 (Selasa)
Masa: 4.45 Petang
Venue: Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi
Siaran Langsung: Astro Arena Bola, Astro GO & Sooka
2 – Kuching City vs Kelantan RW
Tarikh: 8 September 2026 (Selasa)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Siaran Langsung: Astro Arena Bola, Astro GO & Sooka
3 – JDT vs UM-Damansara
Tarikh: 8 September 2026 (Selasa)
Masa: 8.30 Malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim
Siaran Langsung: Astro Arena 2, Astro GO & Sooka
4 – Star City vs Kedah FA
Tarikh: 8 September 2026 (Selasa)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Tuanku Syed Putra
Siaran Langsung: Astro Stadium, Astro GO & Sooka
5 – Penang vs Melaka
Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
Masa: 4.30 Petang
Venue: Stadium Bandaraya
Siaran Langsung: Astro Arena Bola, Astro GO & Sooka
6 – KL City vs Perak FA
Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Siaran Langsung: Astro Arena 2, Astro GO & Sooka
7 – Selangor vs Sabah
Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Siaran Langsung: Astro Arena Bola, Astro GO & Sooka
8 – Terengganu vs Brunei DPMM
Tarikh: 16 September 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Siaran Langsung: Akan dikemas kini