Piala Malaysia: Jadual Aksi Separuh Akhir 1, Waktu, Venue & Siaran TV
MakanBola
SELANGOR FC

Saingan Piala Malaysia 2025/26 kini memasuki peringkat separuh akhir.

Empat pasukan mengesahkan tempat di peringkat separuh akhir. Empat pasukan tersebut ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), KL City, Selangor dan Kuching City.

Harimau Selatan mara selepas menewaskan Melaka dengan agregat 8-1 di peringkat suku akhir. The City Boys menyingkirkan finalis 2023, Terengganu.

Selangor pula menang selesa menewaskan juara edisi 2011, Negeri Sembilan. Kuching City menyingkirkan pasukan Borneo yang meningkat naik, Brunei DPMM.

Separuh akhir kali ini cukup istimewa kerana menampilkan tiga pasukan yang pernah bergelar juara Piala Malaysia. JDT muncul juara sebanyak lima kali termasuk edisi musim lepas.

Selangor pula muncul juara sebanyak 33 kali. KL City pula merasai nikmat juara kejohanan berprestij itu pada 2021 dengan menundukkan Harimau Selatan di Bukit Jalil.

Waktu, Venue & Siaran TV Piala Malaysia

1 – KL City vs JDT

Tarikh: 3 April 2026 (Jumaat)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Siaran Langsung: Astro Arena Bola, TV Okey, SukanRTM & RTMKlik

2 – Selangor vs Kuching City

Tarikh: 5 April 2026 (Ahad)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Siaran Langsung: Astro Arena Bola