Selepas memberi ruang kepada saingan Liga Super, aksi Unifi Piala Malaysia diteruskan dengan aksi separuh akhir kedua.
Aksi separuh akhir pertama yang berlangsung pada 17 dan 18 Januari lalu menyaksikan dua keputusan berbeza direkodkan.
Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki bekalan empat gol selepas mengalahkan Terengganu FC 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA). Romel Morales, Arif Aiman Hanapi dan Bergson da Silva mencetak nama sebagai penjaring.
Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Sabah FC dan Sri Pahang FC terikat 1-1 di Stadium Likas. Kpah Sherman memadamkan kelebihan awal Sang Badak menerusi pemain tengah kebangsaan, Stuart Wilkin.
Aksi separuh akhir kedua menyaksikan beberapa pemain ternama tidak dapat diturunkan kerana penggantungan, kecederaan atau klausa pinjaman.
Antara pemain yang tidak dapat diturunkan ialah Manuel Hidalgo, Akram Mahinan, Azam Azmi Murad dan Safawi Rasid.
Waktu, Lokasi & Siaran TV Piala Malaysia
1-Johor Darul Ta’zim vs Terengganu
Tarikh: 1 Februari 2025 (Sabtu)
Masa: 5.30 Petang
Venue: Stadium Sultan Ibrahim
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
2- Sri Pahang vs Sabah
Tarikh: 2 Februari 2025 (Ahad)
Masa: 8.30 Malam
Venue: Stadium Temerloh, Temerloh
Siaran Langsung: Astro Arena Bola