Advertisement
Piala Malaysia: Kenyataan Terkini Sabah FC
Piala Malaysia
MakanBola
Sabah FC

Sabah FC mengeluarkan kenyataan terkini berhubung saingan pasukan dalam kempen Piala Malaysia 2024.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akan menentang kelab Liga A1 Semi Pro, PT Athletic pada pusingan 16 terakhir.

Aksi pusingan kedua 16 terbaik itu bagaimanapun terpaksa diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 27 November ini.

Perkara ini dijelaskan oleh Pengurus Besar Sabah FC, Mohd Joh Wid berkenaan situasi di Stadium Likas yang tidak dapat digunakan.

Hal ini disebabkan gelanggang rasmi The Rhinos itu digunakan sebagai venue bagi  South East Asean (SEA) Youth Athletic Championship 2024.

“Tiket fizikal akan mula dijual semasa hari perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras bermula 12.00 tengahari manakala semua pas bermusim boleh digunakan di pintu utama stadium.

“Perlawanan akan bermula pada jam 8.30 malam dan Sabah FC memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” kata Joh Wid dalam satu kenyataan oleh Sabah FC.

Aksi pusingan pertama bakal berlangsung pada Sabtu, 23 November jam 5 petang di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.