Piala Malaysia: Nik Sharif Tekad Singkirkan Selangor
Dunia
Terengganu Football Club
Advertisements

“Pantang maut sebelum ajal, pantang berundur sebelum tewas,” itu pegangan pemain sayap Terengganu, Nik Sharif Haseefy Mat Lazim susulan kekalahan dialami pasukannya kepada Selangor dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia pada Rabu.

Walaupun Selangor adalah ‘boss’ nya dengan dia ketika ini bermain secara pinjaman bersama Terengganu sehingga akhir musim, pemain berasal dari Pahang itu bersikap profesional dan mahu sedaya upaya membantu skuad kendalian Nafuzi Zain bangkit meneruskan kemaraan ke final.

Baginya defisit dua gol sudah tentunya satu kelebihan besar buat Selangor namun kelebihan bermain di gelanggang sendiri dalam aksi timbal balik masih memberikan sekelumit harapan buat Terengganu.

Advertisements

Dia mahu melupakan segera malam yang serba tidak menjadi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan bertekad menghadiahkan sesuatu yang manis buat penyokong sang penyu sebelum pulang semula ke pangkuan gergasi merah.

“Saya boleh katakan Selangor malam ini (semalam) turun dengan lebih bersemangat dan aksi mereka juga lebih menjadi untuk menjaringkan gol.

“Bukannya kita tidak beraksi bagus, cuma Selangor lebih menjadi untuk memberi kelebihan kepada mereka. Tetapi untuk kami sendiri, Terengganu tidak akan berputus asa dan positif akan bangkit selepas ini sebab kita masih ada 90 minit di laman sendiri”, ujar Nik Sharif.

Advertisements

Sepanjang bersama Terengganu, Nik Sharif telah menjaringkan tiga gol dan kelincahannya di posisi sayap telah berjaya menambat hati penyokong Terengganu yang rata-ratanya mahu pemain itu diserap secara kekal.

Sebagai rekod, kali terakhir Terengganu mara ke final Piala Malaysia adalah pada edisi 2018, muncul naib juara setelah tewas kepada Perak. Pada musim lalu, cabaran mereka tersekat di separuh akhir setelah kecundang kepada JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram