Advertising
Piala Malaysia: Sabah Bawa Bekalan Besar, Tumbangkan PT Athletic
MakanBola
Sabah FC

Aksi pertama Piala Malaysia 2024 menyaksikan Sabah mudah menundukkan kelab Liga A1 Semi Pro, PT Athletic.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee turun dengan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama berjaya mengekalkan dominasi permainan.

The Rhinos membuka tirai jaringan di Cheras menerusi rembatan deras pemain sayap, Saddil Ramdani pada minit ke-13 menewaskan penjaga gawang PT Athletic, Nik Amin.

Ad

Sabah menggandakan kedudukan 6 minit berselang apabila rembatan kencang dari tengah padang berjaya ditampan masuk oleh Daniel Hakim Draman untuk pasukan pelawat selesa menamatkan babak pertama.

Ad

Bersambung babak kedua, PT Athletic cuba melakukan beberapa gerakan awal untuk mencari jaringan pertama pasukan namun gagal memecah kebuntuan.

Ad
Ad

Sabah terus menghukum lawan menerusi jaringan ketiga hasil percubaan deras dari luar kotak penalti oleh pertahanan kental, Daniel Ting pada minit ke-76.

Ad

Peluang terbaik PT Athletic hadir menerusi tandukan Indra Putra namun tepat ke dakapan penjaga gol gantian, Ramzi Mustakim.

Tambahan masa 7 minit mencalarkan reputasi PT Athletic apabila Yusri tertampan bola ke dalam gawang sendiri untuk jaringan 4-0 memihak Sabah.

Sabah akan bertemu PT Athletic pada aksi timbal balik, 27 November di gelanggang sama.