Piala Malaysia: Sabah Lepasi Halangan Kuching City, Layak Ke Suku Akhir
Piala Malaysia
Sabah FC
Advertisements

Sabah FC memastikan kemaraan mereka ke suku akhir Piala Malaysia 2023 dengan mengalahkan Kuching City FC secara agregat 3-1 dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik di Stadium Likas hari ini.

Selepas tunduk 3-0 pada aksi pertama, Il Gatto yang dibimbing jurulatih baru Aidil Sharin Sahak mahu bangkit dalam satu lagi aksi derby Borneo itu.

Sabah yang beraksi di gelanggang sendiri berusaha mencari gol awal. Begitupun, mereka dipaksa menunggu sehingga minit ke-27 untuk gol pertama menerusi Rizal Ghazali.

Advertisements

Sepakan percuma yang diambil Saddil Ramdani berjaya ditolak Rizal yang tidak dikawal menewaskan penjaga gol Kuching City, Shaiful Wazizi Mohammad. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Il Gatto berjaya merapatkan jurang agregat kepada 3-1 pada minit ke-57. Ramesh Lai Ban Huat mudah menanduk bola menewaskan penjaga gol Badak, Khairul Fahmi Che Mat sekaligus menceriakan kem pelawat.

Sebagai tindak balas, jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee memasukkan Park Tae-su, Stuart Wilkin dan Farhan Roslan bagi memastikan momentum kembali kepada tuan rumah.

Advertisements

Tuan rumah terus menggandakan serangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini pasti melegakan Aidil walaupun tersingkir dari Piala Malaysia dan diharap dapat menjadi tonik segar buat mereka bila beraksi di Liga Super.

Walaupun seri, kemenangan 3-1 secara agregat ini membolehkan Sabah bertemu dengan Perak FC di pentas suku akhir. Manakala Kuching City pula bakal bersaing dalam Piala Cabaran MFL.

Selepas ini, skuad Badak bakal melayan kunjungan Negeri Sembilan pada 26 Ogos. Manakala Il Gatto pula berdepan Terengganu FC di Stadium Negeri Kuching pada hari yang sama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram