Piala Malaysia: Senarai Aksi Kedua Pusingan 16, Waktu, Lokasi & Siaran TV
MakanBola
KUCHING CITY FC

Saingan kejohanan paling berprestij di Malaysia, Piala Malaysia 2025/26, kembali menemui para penyokong menerusi aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik.

Edisi 2024/25 menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul sebagai juara selepas menewaskan pasukan gergasi Pantai Timur, Sri Pahang, di pentas final.

Tok Gajah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi T. Saravanan, sebelum pasukan gergasi selatan tanah air itu bangkit menyamakan dan seterusnya mengesahkan kemenangan hasil jaringan Bergson da Silva serta Arif Aiman Hanapi.

Sementara itu, finalis Piala FA musim ini, Sabah, dan finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu, turut memberikan saingan hebat sehingga ke peringkat separuh akhir.

Pusingan 16 terbaik bakal menyaksikan 16 pasukan, terdiri daripada 13 pasukan Liga Super dan tiga wakil Liga A1 Semi-Pro, berentap sengit bagi merebut tempat ke suku akhir. Aksi kedua pusingan ini dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 25 Januari.

Waktu, Lokasi & Siaran TV Piala Malaysia

1 – Sabah vs Melaka

Tarikh: 22 Januari 2026 (Khamis)
Masa: 7.30 Malam
Venue: Stadium Likas
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2

2 – Selangor vs Kelantan TRW

Tarikh: 23 Januari 2026 (Jumaat)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

3 – Terengganu vs UM-Damansara United

Tarikh: 23 Januari 2026 (Jumaat)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2

4 – JDT vs PDRM

Tarikh: 24 Januari 2026 (Sabtu)
Masa: 5.30 Petang
Venue: Stadium Sultan Ibrahim
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2

5 – Kuching City vs Penang

Tarikh: 24 Januari 2026 (Sabtu)
Masa: 7.30 Malam
Venue: Stadium Negeri
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

6 – Brunei DPMM vs Kelantan RW

Tarikh: 24 Januari 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 Malam
Venue: Stadium Negara Hassanal Bolkiah
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2

7 – KL City vs Perak FA

Tarikh: 25 Januari 2026 (Ahad)
Masa: 5.00 Petang
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Siaran Langsung: Astro Arena Bola, SukanRTM dan RTMKlik

8 – Negeri Sembilan vs Imigresen

Tarikh: 25 Januari 2026 (Ahad)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Tuanku Abdul Rahman
Siaran Langsung: Astro Arena Bola