Teto Martin Lakar Sejarah Hebat Bersama JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Teto Martin berjaya melakar sejarah hebat bersama kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi pertama saingan Piala Malaysia musim 2025/26 pada Ahad lalu.

Beliau menyertai pasukan JDT pada Julai lalu selepas meninggalkan pasukan dari Sepanyol, CD Tenerife dan telah melakukan sebanyak 21 penampilan di saingan LaLiga 2 dan dua kemunculan di Copa Del Ray.

Teto Martin telah merobek 6 gol ketika Harimau Selatan menang besar ke atas PDRM dengan keputusan 1-10 di Stadium Sultan Ibrahim dalam aksi pertama pusingan 16 saingan Piala Malaysia musim 2025/26.

Menurut JDT, Teto Martin merupakan pemain pertama yang menjaringkan 6 gol dalam satu aksi dan keenam-enam gol tersebut berlaku ketika bertemu PDRM dalam aksi awal Piala Malaysia musim ini.

“Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Teto Martin, mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemain pertama Harimau Selatan yang berjaya menjaringkan enam gol dalam satu perlawanan.”

“Keenam-enam jaringan itu dihasilkan ketika JDT membelasah PDRM FC 10-1 dalam aksi Pusingan 16 (Perlawanan Pertama) Piala Malaysia 2025–26, sekali gus meletakkan Teto di puncak senarai penjaring terbanyak kejohanan.”

Tambahan, hanya dua pemain yang pernah meledak lebih empat gol dalam satu perlawanan Liga Malaysia.

“Mengikut rekod kelab, sebelum ini hanya dua pemain pernah menjaringkan empat gol atau lebih dalam satu perlawanan bersama JDT. Mereka ialah Arif Aiman Hanapi, yang meledak empat gol ketika menewaskan Penang FC dalam saingan Liga Super 2023.”

“Selain itu, Bergson Da Silva yang mencatat lima gol ketika menentang Kelantan Darul Naim FC dalam Liga Super 2024–25, selain empat gol ketika menumpaskan DPMM FC dalam aksi Liga Super 2025–26,” kata JDT dalam satu kenyataan di laman media sosial.

JDT bakal bertemu semula pasukan PDRM dalam aksi kedua pusingan 16 saingan Piala Malaysia musim 2025/26 di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Januari ini.