Piala Malaysia: Senarai Aksi Pusingan 16, Waktu, Lokasi & Siaran TV
MakanBola
PDRM FC

Saingan kejohanan paling berprestij di Malaysia, Piala Malaysia 2025/26, kembali menemui para penyokong menerusi aksi pusingan 16 pasukan terbaik.

Edisi 2024/25 menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul sebagai juara selepas menewaskan pasukan gergasi Pantai Timur, Sri Pahang, di pentas final.

Tok Gajah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi T. Saravanan, sebelum pasukan gergasi selatan tanah air itu bangkit menyamakan dan seterusnya mengesahkan kemenangan hasil jaringan Bergson da Silva serta Arif Aiman Hanapi.

Sementara itu, finalis Piala FA musim ini, Sabah, dan finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu, turut memberikan saingan hebat sehingga ke peringkat separuh akhir.

Pusingan 16 terbaik bakal menyaksikan 16 pasukan, terdiri daripada 13 pasukan Liga Super dan tiga wakil Liga A1 Semi-Pro, berentap sengit bagi merebut tempat ke suku akhir. Aksi pertama pusingan ini dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 19 Januari.

Waktu, Lokasi & Siaran TV Piala Malaysia

1- Imigresen vs Negeri Sembilan

Tarikh: 17 Januari 2026 (Sabtu)
Masa: 5.00 Petang
Venue: Stadium Negeri Pulau Pinang
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

2 – Melaka vs Sabah

Tarikh: 17 Januari 2026 (Sabtu)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Hang Jebat
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2

3 – Kelantan RW vs Brunei DPMM

Tarikh: 17 Januari 2026 (Sabtu)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

4 – Penang vs Kuching City

Tarikh: 18 Januari 2026 (Ahad)
Masa: 5.00 Petang
Venue: Stadium Bandaraya
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

5 – PDRM vs Johor Darul Ta’zim (JDT)

Tarikh: 18 Januari 2026 (Ahad)
Masa: 5.30 Petang
Venue: Stadium Sultan Ibrahim
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2

6 – Perak FA vs KL City

Tarikh: 18 Januari 2026 (Ahad)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Manjung
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

7 – UM-Damansara United vs Terengganu

Tarikh: 19 Januari 2026 (Isnin)
Masa: 5.00 Petang
Venue: Stadium UM Arena
Siaran Langsung: Astro Arena Bola, SukanRTM dan RTMKlik

8 – Kelantan TRW vs Selangor

Tarikh: 19 Januari 2026 (Isnin)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Siaran Langsung: Astro Arena Bola