Advertisement
Piala Malaysia: Waktu Aksi JDT vs KL Rovers Diubah
Piala Malaysia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Waktu beberapa aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia termasuk aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL Rovers telah diubah.

Ini selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan perubahan waktu untuk aksi itu dan aksi membabitkan Perak FC dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).

Aksi membabitkan JDT dan KL Rovers pada 30 November sepatutnya berlangsung pada jam 8.30 malam. Walau bagaimanapun, waktu aksi tersebut telah diawalkan ke jam 5.30 petang.

Perubahan sama turut berlaku untuk aksi The Bos Gaurus dan Sang Kijang Emas. Perlawanan itu berlangsung pada 30 November dan sepatutnya berlangsung pada waktu petang di Manjung.

Waktu aksi ini telah diubah dari jam 4.00 petang ke jam 8.30 malam. Perubahan dibuat selepas MFL mencapai persetujuan dengan semua pasukan yang terlibat.

Harimau Selatan dan Perak berharap dapat menambah kelebihan gol yang diraih dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Piala Malaysia. JDT memiliki kelebihan tiga gol ke atas KL Rovers menerusi hatrik Heberty Fernandes.

The Bos Gaurus pula membawa bekalan tiga gol ke Manjung selepas menewaskan Kelantan DN 3-0. Clayton, Nur Azfar Fikri Azhar dan Daniel Hakimi Ahmad Azmil mencetak nama sebagai penjaring.

Seandainya kelebihan gol yang dimiliki JDT dan Perak dapat dipertahankan, kedua-dua pasukan berpotensi menempah tiket pusingan suku akhir Piala Malaysia.