Piala Malaysia: Xisco Munoz Sanjung Impak Positif Ager Aketxe
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mengakui dua gol Ager Aketxe memberi impak positif kepada pasukan itu dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia.

JDT meraih kemenangan 4-0 ke atas Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam perlawanan tersebut. Selain Aketxe, Bergson da Silva dan Oscar Arribas juga mencetak nama sebagai penjaring.

Lebih menarik, bekas bintang Real Zaragoza itu meledakkan dua gol menarik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Munoz melihat dua gol Aketxe itu bukan saja penting untuk membantu JDT memburu tiket ke final. Malah, Ini turut memperlihatkan tahap kualiti yang dimiliki pemain berusia 32 tahun itu.

“Maksud saya tentang Akeche, saya juga mengenali beliau di Sepanyol. Bagaimana beliau mempunyai kebolehan mencipta gol yang sangat baik,” katanya dalam sidang media pascaperlawanan.

“Baru-baru ini, saya rasa beliau berada dalam satu detik yang sangat baik. Saya sangat gembira dengannya kerana saya tahu bagaimana beliau telah berusaha untuk mencapai tahap ini.

“Saya maksudkan sekarang ia sesuatu yang menakjubkan kerana ia penting sekarang. Kerana sekarang kita mempunyai perkara penting dalam masa yang singkat. Dan kita perlu menyediakan pemain kita untuk perlawanan-perlawanan penting.”

JDT dan KL City akan bertemu dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 7 April ini.