Advertising
Piala MFL: JDT Berpesta Gol Tundukkan Kelantan DN
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC

Johor Darul Ta’zim (JDT) II kembali ke puncak liga Piala MFL apabila membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 5-0 di Stadium Sultan Muhammad IV.

Selepas Selangor FC merampas takhta pendahulu liga, JDT II mahu kembali memintas pasukan gergasi Lembah Klang itu. Kelantan DN pula mahu bangkit selepas dibelasah Terengganu FC II 5-0.

Penjaring terbanyak Piala MFL, Gabriel Nistelrooy mengetuai serangan JDT II. Pemain sayap, Hakimi Abdullah menambah sengat Sang Kijang Emas yang dibimbing Khairan Eroza Razali itu.

Ad

Separuh masa pertama menyaksikan Harimau Selatan berusaha mencari jaringan awal menerusi Nistelrooy, Syukur Fariz Januri dan Ziad El Basher Norhisham.

Syukur meletakkan anak buah Gonzalo Sanz Zaballos di hadapan pada minit ke-20. Beliau tidak berdepan masalah menewaskan kapten dan penjaga gol tuan rumah, Nik Atiq Nik Soh.

Ad
Ad

Tersentak, Kelantan DN berusaha mencari jaringan penyamaan menerusi Alif Farhan Yusoff tetapi tidak berhasil.

Ad

Kelebihan satu gol membolehkan JDT II mendahului 1-0 sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Khairan Eroza memasukkan Raja Kifayatullah Raja Hanapi untuk menyuntik kreativiti dalam serangan Sang Kijang Emas.

Malangnya, Kelantan DN dibolosi buat kali kedua menerusi Daryl Sham K.K George pada minit ke-50.

Nistelrooy menambah dua lagi gol pada minit ke-54 dan 56 bagi menjadikan kedudukan 4-0. Ini menjadikan koleksi golnya kepada 21 gol dalam liga setakat ini.

Nistelrooy melengkapkan aksi cemerlang JDT II dengan meledakkan hatrik pada minit akhir perlawanan.

JDT II terus berusaha menambah koleksi gol tetapi keputusan 5-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan pasukan selatan tanah air itu kembali menerajui liga dengan 50 mata, satu mata di hadapan Selangor.

Kelantan DN pula kekal di tangga keempat liga dengan 34 mata. Pasukan itu akan beraksi pada 18 Mac untuk aksi menentang Sabah FC.

JDT II pula akan menyambung aksi mereka pada bulan April ini. Anak buah Zaballos dijadualkan bertemu Penang FC II pada 14 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments