Advertising
Piala MFL: Kelantan DN Jadi Mangsa Amukan Terengganu
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu mencatat kemenangan besar ke atas Kelantan DN dalam perlawanan Piala MFL pada Isnin.

Aksi di Kota Bharu menjadi pertemuan tumpuan melibatkan 2 pasukan Pantai Timur dengan Terengganu serta Kelantan DN mahu meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala MFL.

Kesebelasan utama Terengganu dibarisi nama-nama seperti Syafik Ismail serta Khala’if Naskam sementara Kelantan DN turut menurunkan barisan tonggak tempatan diketuai Haziq Subri.

Ad

Pesta jaringan Terengganu dimulakan oleh Muslihuddin ‘Atiq yang mencetak gol pendahuluan untuk pelawat seawal minit ke-3 permainan apabila menewaskan penjaga gol, Nik Atiq.

Kem Terengganu terus ceria pada minit ke-26 apabila giliran bekas pemain Kelantan, Khala’if Naskam menembusi pintu gol lawan untuk skuad muda Sang Penyu selesa di hadapan.

Ad
Ad

Tidak cukup dengan itu, Ahmad Azraf turut tidak melepaskan peluang melakar nama selaku penjaring gol apabila meledak jaringan ketiga buat pasukan Terengganu pada minit ke-36.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Kelantan DN 0-3 Terengganu.

Kembali dari rehat, gawang Kelantan DN yang dikemudi oleh Nik Atiq terus dibolosi dengan kali ini bek Terengganu, Hazim Padzli menjaringkan gol ke-4 pada minit ke-56 permainan.

Malam gemilang Terengganu ditutup dengan jaringan ke-5 menerusi penyerang utama, Aqil Idham ketika aksi berbaki 7 minit untuk dimainkan sekaligus memberi 3 mata buat Sang Penyu.

Aksi di Stadium Sultan Muhammad IV berakhir dengan keputusan 5-0 memihak Terengganu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments