Piala Presiden: JDT Tundukkan Cabaran Selangor
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) III terus mengukuhkan cengkaman di persada liga Piala Presiden 2026 apabila menewaskan Selangor FC 3-1 di Stadium Pasir Gudang.

JDT III berharap dapat mengekalkan penguasaan di persada liga. Selangor pula merapatkan jurang mata kepada dua mata sekiranya berjaya menewaskan anak buah Pedro Cellado Celda.

Hasrat anak buah Khushairi Abdul Wahab memburu kemenangan di Pasir Gudang musnah apabila dibolosi pada minit ke-31 menerusi Arsyad Shamsul Aswadi.

Adib Ibrahim Adnan dan Izzuddin Afif Nazarudin masing-masing menggandakan kelebihan gol JDT pada minit ke-52 dan 89. Selangor meraih gol saguhati menerusi Zarul Aidid Mokhtar seminit selepas itu.

Keputusan ini menyaksikan JDT III kekal di puncak liga dengan 27 mata. Selangor pula kekal di tangga kedua dengan 19 mata.

Selepas ini, Selangor akan menentang Terengganu FC Bawah 20 Tahun (B-20) pada 29 Julai. JDT III pula akan menentang Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada 17 September.