Piala Sumbangsih 2022: JDT Mudah Ratah KL City
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara bertahan Piala Sumbangsih, Johor Darul Ta’zim meneruskan tradisi kelab berkenaan menjuarai piala pembukaan musim baru, Piala Sumbangsih dengan kemenangan bergaya 3-0 menewaskan KL City di Stadium Sultan Ibrahim.

Johor Darul Ta’zim bermula baik menerusi jaringan Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-26 selepas menerima hantaran cantik Arif Aiman dari sebelah kanan.

Advertisements
https://twitter.com/MFL_MY/status/1497564847088697349

Selang beberapa minit kemudian, JDT menggandakan kelebihan jaringan menerusi penyerang terbarunya dari Itali, Fernando Forestieri menjadikan kedudukan 2-0.

Bersambung babak ke-2, KL City cuba bangkit mencari jaringan pertama namun Afiq Fazail berjaya menjarakkan kedudukan menerusi jaringan voli cantik pada minit ke-84.

Penguasaan bola yang ketara buat JDT sejak minit pertama jelas menyukarkan anak buah Bojan Hodak meneruskan aksi cemerlang sebelum ini setelah berjaya menewaskan JDT di perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.

Kemenangan ini merupakan Piala Sumbangsih ke-7 buat JDT sejak memenanginya buat kali pertama pada tahun 2015.

Advertisements

News Comments Account