Malaysia bakal berdepan cabaran negara jiran, Singapura dalam Piala Wanita AFF 2026.
Ini selepas cabutan undi kejohanan yang dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Isnin. Anak buah Joel Cornelli berada dalam Kumpulan A bersama Singapura dan Laos.
Kumpulan B pula menyaksikan Indonesia akan berentap dengan Timor Leste dan Kemboja. Kejohanan ini akan berlangsung dari 10 hingga 22 Julai ini di Kuala Lumpur.
Kejohanan ini dilihat peluang buat anak buah Cornelli mencipta nama dalam kejohanan antarabangsa untuk tahun 2026.
Sebagai persiapan menghadapi Piala Wanita AFF, skuad Malayan Tigress turut mengadakan dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jordan dan Palestin baru-baru ini.
Malaysia berharap dapat mengulangi pencapaian mereka dalam kejohanan itu iaitu tempat keempat pada edisi 2007.