Piang Shankly: Pengurusan Harus Sokong Penuh Jurulatih & Pemain
Dunia
Piang Shankly
Advertisements

Peminat dan pemerhati bola sepak tempatan, Piang Shankly dalam satu hantaran pada semalam menyatakan bahawa pengurusan haruslah menyokong penuh jurulatih dan pemain. 

Piang menjelaskan sekiranya pengurusan dan pemain bekerjasama, pasti ada peluang yang lebih besar untuk mendapatkan kejayaan. Selain itu, bagi beliau perkara yang perlu dititik berat dalam sesebuah pasukan adalah keharmonian dan kesepakatan.

Beliau dalam pada itu turut beranggapan pihak tertentu tidak sedar dalam bola sepak merupakan kerja berpasukan. Apabila gagal sebuah pasukan maka yang lain-lain juga gagal bukan menyalahkan jurulatih dan pemain sahaja. 

Advertisements

“Bila management & team bergerak seiring, chances untuk berjaya pasti lebih tinggi. Antara tugas utama management adalah untuk support coaches & players. Keharmonian & kesepakatan adalah element yang sangat penting dalam berpasukan,” katanya. 

“Mungkin mereka tidak sedar atau lupa, bola sepak ialah kerja berpasukan. Management, coaches, players & penyokong. Bila pasukan tidak capai KPI, bukan coaches & players sahaja yang gagal. Yang lain2 juga gagal,” tulis Piang Shankly di laman Facebook miliknya.

Piang juga ada memberi nasihat, tiada jalan mudah untuk sebuah pasukan mendapatkan kejayaan, perlu bergerak sama-sama berusaha mencari jalan yang tepat untuk membina dan perkemaskan lagi misi pasukan. 

Advertisements

“Apapun, tiada sifir yang pasti untuk kejayaan sesebuah pasukan. Apa yang perlu hanya kurangkan risiko dan maximisekan peluang dan potensi,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram