Dunia
Advertisements

MAJORITI pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) boleh melakukan penjimatan yang banyak dalam soal pengurusan kewangan jika tidak terlalu bergantung 100 peratus kepada khidmat ejen dalam mendapatkan pemain import.

Perkara berkenaan didedahkan jurulatih berpengalaman, Ismail Zakaria yang menceritakan pengalamannya ketika berjaya memburu beberapa pemain import yang berkualiti seperti Patrick Wleh Ronaldinho, Karlo Primorac dan Dilshod Sharofetdinov ketika bersama Sime Darby dari 2010 hingga 2015.

Menurut Ismail, beliau sentiasa melakukan pemantauan sendiri dengan melihat secara langsung para pemain yang ditandatangani malah dia turut melakukan penyelidikan mendalam mengenai soal pemberian gaji.

Advertisements
image Pilih Sendiri Pemain Import, Elak Guna Ejen
Patrick Ronaldinho antara Import terkenal Liga Malaysia

Malah beliau bersetuju ini boleh jadi modul terbaik kepada mana-mana pasukan jika mahu mengawal perbelanjaan seiring dengan pelaksanaan Program Kawalan Ekonomi (ECP) yang bermula musim 2020.

“Pesanan saya jika ada pasukan mahu ambil langkah berjimat cermat dalam soal pengurusan kewangan pemain, mereka jangan terlalu bergantung kepada khidmat ejen.”

“Semasa saya di Sime Darby dahulu, saya sendiri terbang ke Liberia serta melihat dengan kepala mata sendiri aksi pemain-pemain di sana dan meluangkan masa 10 hari sebelum dapatkan Patrick, bukan sahaja kami bayar gajinya kurang AS$7,000 (RM28,650) tetapi dia juga merupakan pemain kebangsaan negaranya”, kata Ismail.

Advertisements

Ismail tidak menafikan terdapat ejen yang jujur, cuma cara ini paling bersesuaian jika mereka tidak mahu terperangkap dengan risiko gagal dapatkan pemain yang mereka mahukan selain selalunya ‘hanya indah khabar dari rupa’.

Ismail turut menyatakan bahawa setiap pasukan mempunyai pengarah teknikal dan jurulatih yang boleh memilih sendiri pemain yang benar-benar mereka mahukan tanpa perlu ramai kakitangan pengurusan ke luar negara.

“Di dalam era ECP ini, sudah pasti kesedaran pasukan agak tinggi untuk berbelanja secara berhemah dan mereka perlu lakukan kaji selidik yang lebih mendalam dalam soal pemain import termasuk tempatan yang mereka mahu dapatkan,” katanya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram