Pimpinan Tertinggi Melaka Tak Tahu Logo Kelab Ditukar
Dunia
MakanBola
Harian Metro
Advertisements

Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui tidak tahu logo baru kelab Melaka ditukar. Beliau mengetahui perkara tersebut selepas tular di media sosial.

Baru-baru ini Melaka FC telah memperkenalkan logo barunya sebagai tanda ianya tidak ada kaitan dengan kelab lama Melaka United. Perkara itu telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter miliknya.

Advertisements

Difahamkan kelab ini juga bakal beraksi dalam Liga M3 dan mungkin dibimbing oleh jurulatih daripada luar negara.

“Saya cuma melihatnya setelah menjadi tular. Kami tidak dimaklumkan ada pertukaran yang berlaku.”

Advertisements

“Apa pun ia hak presiden MUSA untuk menentukan hala tuju dan apa jua perubahan dalam melaksanakannya,” katanya kepada Harian Metro.

Permulaan baru buat Melaka FC dalam mengharungi saingan Liga M3 musim depan sekaligus mensasarkan kepulangan ke Liga Super seawal musim 2024 dengan 10% pemain yang terdiri daripada anak jati Melaka.

Advertisements

News Comments Account