Pintu Terengganu Masih Dibuka Terima Pemain Tempatan
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh menyatakan bahawa pasukan Terengganu sudah membuat persiapan yang rapi untuk menghadapi pentas Liga Malaysia. 

Dua pemain import, kelahiran Croatia, Ivan Mamut dan Damagoj Pusicini yang baru sahaja diumumkan milik Terengganu semalam dijangka akan memperkuatkan lagi barisan tengah dan serangan Terengganu musim ini.

Dalam pada itu, Ab Rasid Jusoh turut menawarkan kepada pemain tempatan yang mahu menyarung jersi Terengganu, beliau masih membuka pintu buat mereka. 

Advertisements

“Kita sudah mempunyai pasukan yang lengkap untuk mengharungi kancah Liga M selain Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) musim ini yang pasti lebih mencabar berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

“Walau bagaimanapun sekiranya ada pemain tempatan yang berminat dan layak untuk menyarung jersi TFC selepas dinilai barisan kejurulatihan, kita masih lagi membuka pintu buat mereka,” ujarnya kepada Harian Metro.

Advertisements

Dengan pengumuman perpindahan dua pemain import tersebut, Terengganu turut mendapatkan khidmat bekas pemain import Melaka United, Sony Norde sekaligus melengkapkan senarai sembilan pemain import skuad Penyu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram